Saturday, July 31, 2010

0 comments

Sukan Outdoor

Pulau Pangkor adalah syurga bagi pencinta alam dan mereka yang meminati sukan outdoor. Pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti jungletrekking dan rapelling.


Berbasikal


Makanan Laut

Pulau ini terkenal dengan industri perikanan sejak turun temurun. Di sini anda berpeluang menikmati hidangan ikan segar.

Jangan lupa membawa pulang makanan hasil laut seperti satay ikan dan sotong.


Permainan Pantai

Tak kiralah sama ada anda hanya ingin bersantai atau bermain, semuanya menggembirakan di sini.


Round Island Tour

Jalan-jalan keliling Pangkor. Anda boleh menyewa van (teksi) untuk melawat tempat-tempat menarik di sini seperti tukang bot, taman Fu Ling Kung, kilang satay, kesan peninggalan sejarah di Teluk Gedung dan sebagainya. Sambil itu singgah membeli cenderahati di Pekan Pangkor


Pengangkutan

Feri yang selesa membawa anda ke Pulau Pangkor.

Untuk ke resort anda perlu menaiki teksi van.

Jika mahu bebas bergerak anda boleh menyewa motosikal atau basikal. Kereta sewa untuk dipandu sendiri juga ada, jika anda memerlukannya.


cutipangkor

0 comments

Pulau Pangkor menyediakan pelbagai pilihan aktiviti watersport.

Bagi yang berani cubalah menunggang banana boat

Yang lasak pula bolehlah berkayak

Selain itu, anda boleh juga mencuba jetski.

Paling tidak cubalah snorkeling. Pengalaman snorkeling ini sukar dilupakan. Rugi jika tidak melakukannya.

Pukat tarik


Boat Trip

Bersiar-siar dengan bot laju, melihat pantai-pantai dan pulau-pulau kecil di sekitar Teluk Nipah atau lebih jauh lagi.

Jika bernasib baik, mungkin anda dapat menyaksikan bagaimana nelayan pukat bilik menangkap ikan.


Rock Formation

Sekali pandang kelihatan seperti seekor buaya. Sebab itu ia digelar batu buaya!

Yang ini pula batu kaki.

Dan yang ini gajah mandi.

Nampak tak? Ia kelihatan seperti seekor ikan paus!

Di bawah pula batu penyu.


Trip Memancing

Kaki pancing tentu tidak sabar melabuh kail di Pulau Sembilan. Di sini ada ramai tekong yang handal dan anda pasti tidak hampa.


Sejarah

Jangan lupa, sejarah penting pernah berlaku di Pulau Pangkor, iaitu Perjanjian Pangkor. Tidak lama lagi senario bersejarah ini akan menjadi paparan pengunjung apabila Muzeum Pangkor dibuka.

Kota Belanda (gambar atas) dan Batu Bersurat (gambar bawah) adalah tinggalan sejarah yang terdapat di Pulau Pangkor.


Burung enggang menjadi tarikan di Pulau Pangkor.


Cenderahati

Abadikan kenangan percutian anda dengan pelbagai cenderahati yang dijual di kawasan anda menginap. Di Teluk Nipah Abang OG sedia melakarkan potret wajah anda untuk dijadikan kenang-kenangan.


 
footer