Monday, November 14, 2011

Aaaaa


MESKIPUN berdepan dengan serangan daripada Umno-BN, kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya meningkatkan jumlah Kumpulan Wang Disatukan RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta pada tahun 2010 berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009.Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, peningkatan ini disebabkan oleh peningkatan Akaun Hasil Disatukan sejumlah RM124.24 juta (20.4%) dan Akaun Amanah Disatukan sejumlah RM142.67 juta (20 peratus).Analisis audit mendapati Kumpulan Wang Disatukan menunjukkan trend meningkat sejumlah RM432.91 juta (43.6 peratus) daripada tahun 2006 kepada RM1,424.66 juta pada tahun 2008.Bagaimanapun, Kumpulan Wang Disatukan menurun sejumlah RM104.69 juta (7.3 peratus) kepada RM1,319.97 juta pada tahun 2009 berbanding RM1,424.66 juta pada tahun 2008.Tetapi kata Laporan itu, pada tahun 2010, Kumpulan Wang Disatukan meningkat semula sejumlah RM266.91 juta (20.2 peratus) kepada RM1,586.88 juta
berbanding RM1,319.97 juta pada tahun 2009 yang merupakan paras yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun.Dalam laporan itu Ketua Audit Negara memuji prestasi pembayaran balik hutang pinjaman kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.

0 comments:

Post a Comment

 
footer